Monday, 1 April 2013
Monday, 18 March 2013
Anda perlukan syarikat rakaman?
Assalam. Saya masih banyak menerima permohonan untuk menjadi artis rakaman dari sumber2 portal Rangkaian Usahawan Muzik-www.loonaq.my atau dari page rasmi Loonaq Records www.facebook.com/LoonaqsPage samada posting terbuka atau pun pesanan kotak (inbox message).
Siapa yang masih perlukan syarikat rakaman (records label) di zaman digital sekarang? Anda boleh buat muzik dgn pelbagai software rakaman yg terdapat di pasaran sekarang contohnya Reason, Sonar, Cubase, Pro Tool dan lain2; anda boleh rakam gitar live, rekod vokal dalam bilik menerusi PC atau laptop dan bila siap terus upload ke mana2 media social utk mempromosi termasuk yg popular seperti Youtube dan Facebook.
Bersabar dan mungkin anda diterima oleh pendengar atau tidak bergantunglah pada penerima masing2. Anda sudah jadi artis, tak kisahlah kalau dilabel oleh orang2 yang memang suka melabel sebagai artis Youtube ke, artis FB ke, artis twitter ke atau artis mee segera, yg pentingnya anda buat kerana bakat anda dan biarlah mereka... Dah ramai yg buat, dan ada yg berjaya! Reality berlaku bermula dari fantasi.
Jadi kenapa anda perlukan syarikat rakaman? Ohh anda nak orang jaga anda, bimbing anda masuk dalam industri jadi duit? Syarikat rakaman skrg sudah jadi 'legend' saja, tak lebih sebagai satu ungkapan yg kini sebenarnya takda apa2. Tak lama lagi industri syarikat rakaman (recording company) akan pupus, penjual kedai muzik juga akan pupus. Studio rakaman juga akan pupus. Industri akan pupus juga?
Tidak. Industri muzik tidak akan pupus sebab ianya adalah salah satu keperluan kepada kehidupan manusia sejagat. Perniagaan berubah. Jadi kenapa mentaliti manusia2 yang punya bakat tak nak berubah? Bakat anda akan pupus kalau anda tak berubah mengikut kehendak manusia berhubung dengan muzik.
Monetizing adalah istilah baru dalam perniagaan muzik. Usahawan muzik termasuk artis pencipta karya, penyanyi, pemuzik sekarang telah diistilah sebagai "Content Creator" atau Pencipta Pengisian. Jadi Loonaq Records bukan dan tidak sama sekali menawarkan perkhidmatan sebagai Syarikat Rakaman. Loonaq Records bekerjasama dengan "Content Creator" sebagai Content Partner dalam istilah yg lebih luas iaitu Contentpreneurs (usahawan+content creators) dan melabur pada bakat2 vokalis yg tak pandai buat material. Kami sediakan platform utk komuniti usahawan contentpreneur utk monetizing content mereka.
Perggh memang payah nak beri kefahaman kerana kebiasaan telah menjadi budaya. Yang tak berubah akan pupus sebelum waktu.

Sunday, 17 March 2013
I.Pop - Islamik Pop Jenama Membangunkan Ummah
![]() |

Assalamualaikum wbt. Adakah kita mahu tunduk dengan musuh2 Islam yang menggunakan sepenuhnya teknologi masakini mempengaruhi aspek nilai2 kerohanian murni kita? Adakah dengan pendapat mengelakkan teknologi merupakan jawapan yang rasional dalam dunia moden sekarang? TV/Computer/ (skrin) memang tidak dapat dinafikan menjadi signikan besar terhadap keperluan manusia masakini termasuklah umat Islam, dari orang biasa hinggalah kepada imam2 dan ulamak serta pemimpin, semua memerlukannya terutama untuk mempromosi Allah dan keEsaannya, Nabi2Nya dan lain2 bagi mencipta atau mengekalkan tamadun agama ini.
Post ini sekadar mengingatkan diri kami dan umat Islam semua agar tidak terjebak dengan pemikiran sempit lagi ekstrim utk menolak pandangan2 membuang dan mengelak menggunakan sepenuhnya teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh musuh2 Islam iaitu SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS dan SMOKE untuk mengubah aspek ketamadunan dan budaya manusia keseluruhannya untuk menolak kuasa Tuhan atau mempercayai Tuhan.
Tak perlu lagi kita huraikan tentang peranan yang telah dan sedang serta akan dijalankan menerusi skrin, songs, seks dan sports kerana itu semuanya telah di 'integrated' menjadi satu iaitu telekomunikasi satelit, digital yang semuanya boleh dihubungkan menerusi satu telefon bimbit sahaja. Berikutnya, muncul media social dan community page untuk memudahkan mereka memasukkan ideologi dengan berita2 fitnah atau adu-domba bagi menggalakkan permusuhan terutama kepada sebuah organisasi keagamaan. Atas perkataan SMOKE kebiasaanya orang akan merujuk kepada rokok tetapi sebenarnya adalah 'sumber asas kepada api' dan apabila merebak keluarlah perkataan terbakar (fire).
Dulu kebanyakkan perkara agendanya adalah perang semata dengan membakar dan melupuskan sejarah, membinasakan tamadun dan budaya serta memperak-perandakan salasilah dengan penghapusan etnik termasuk merogol dan membiarkan mangsa melahirkan anak2 luar nikah yang tidak ketahuan asal-usul warisannya, agama atau kepercayaannya, kebangsaannya atau keneragaannya. Namun kini agenda smoke adalah dengan membuat racun2 fitnah, mempersoalkan asas keagaaman termasuk menyokong separuh dan menidakkan separuh, mencampur-adukkan kitab2 dan terkini memasukkan ayat2 suci Al-Quran yang salah atau disalah tafsirkan dan banyak lagi.
Justeru itulah kami bawa perjuangan ini untuk mengajak seluruh umat Islam bermula dari pengkarya/pencipta dan mereka yang berbakat untuk menyampai atau membuat persembahan dengan bahan2 yang baik dan sesuai dengan norma2 etika Islam; walaupun terpaksa kita berlembut sedikit dengan memberi peluang kepada anak2 muda dengan disokong minat mereka mengikut naluri kesukaan masakini spt lagu2 pop, metal, rock, dubstep dan lain2.
Namun ini bukan perjuangan kami sebagai individu semata, ianya adalah perjuangan semua umat Islam termasuk menyokong dan memastikan pelabur2 yg membuat pelaburan mengusahakan bahan2 ini (label/pemuzik/artis) untuk masuk ke wilayah2 SKRIN, SONGS, SEKS, SPORTS DAN SMOKE secara bertubi-tubi dan bukan agenda bermusim atau sekadar ada sahaja. Assalam.
Thursday, 17 January 2013
Tuesday, 1 January 2013
2013 telah bermula...Jihad Bermula?
Saya tak berapa teruja sangat nak menyambut, memberi ucapan salam atau selamat tahun baru, menghadiri pelbagai program, festival, karnival, pesta dll yang khusus atau tidak, baik yang dibuat untuk meraikan tahun baru ini secara komersil semata, atau dicampur-baurkan bersama pengisian rohani atau total ke arah program keagamaan saja. Bagi saya, ini bukan jelmaan atau ilham yang digarap oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW terutamanya di zaman 4 khalifah2 yg dijanjikan syurga oleh Nabi apabila menetapkan bahawa tahun baru bagi umat Islam adalah diambil dari peristiwa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah. Noktah. Muktamad.
Saya lagi bertambah pelik jika ada program-program yang diwujudkan atas sifat sambutan tahun baru ciptaan Yahudi dan Nasrani (yang telah disebut sebagai musuh Islam dalam Al-Quran secara nyata dan terang selain iblis/syaitan!) dianjurkan oleh individu atau kumpulan yang dekat dengan ilmu Islam!
Namun begitu subjek ini begitu relatif dengan industri muzik dan hiburan, apalagi kalau muzik dan hiburan itu tidak berkait langsung untuk mengajak manusia kembali pada Tuhan yang satu, Allah SWT! Begitu halusnya yahudi & nasrani bersatu untuk mencipta pelbagai event yang jarang2 dapat dielakkan oleh umat Islam untuk menolaknya, secara tidak langsung mendorong umat Islam tidak menjadikan qalamullah dan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan panduan. Laa hawla walaa quwataa illa billa hil aliyyil azim...ampunkanlah kami yaa Robb...
Semuanya ini kerana kuasa ekonomi. Mereka jadikan umat Islam bergantung penuh dengan sistem kehidupan dunia yang bertentangan dengan suruhan dan nasihat Nabi Muhammad SAW sehingga umat Islam tidak dapat mengelakknya; dan yang paling sadis mencari alasan paling sinikal untuk membenarkan mereka mengikut sistem tersebut iaitu - TERPAKSA...!
Maka berlangsunglah kehidupan ini dengan budaya ciptaan yahudi dan nasrani dengan mengumpan nafsu keserakahan serta mungkar dan membuang malu sebagai asas hidup yang paling seronok, dan kita umat Islam tidak dapat lari dari cengkaman ini malah terpaksa menerimanya sebagai lumrah kehidupan...riba, rasuah, khianat, zina dll berlaku di depan mata tanpa dapat kita menghalang dan siapa yang menolaknya bagai hidup ketinggalan di zaman purbakala!
Lagu saya JIHAD EKONOMI telah lama tersimpan dalam koleksi tanpa siapa berani nak menyanyikannya dengan alasan takut, tak berani, liriknya terlalu berat tak terdaya nak mengendongnya, terlalu 'direct to the point' atau paling sadis adalah 'kami belum kaya lagi'....!
Mungkinkah tahun ini saya menemui artis yang boleh menerima lagu ini? Insya Allah!
Haji Rozman Haji Abas
Pengurus/Pemillik LOONAQ RECORDS
Monday, 19 November 2012
LOONAQ.MY terus GERAK lagi....!
Alhamdulillah sudah semakin ramai artis baru dan lama yg mempunyai album release baru sudah menghubungi dan mengadakan perbincangan untuk menjadi Content Partner (CP) di dalam Portal Jualan Muat turun Digital & Online Store LOONAQ.MY
Antaranya adalah AHAS PRODUCTION, FG MUSIC, METRONEWS dan ramai lagi usahawan-usahawan artis indie (tanggung kos sendiri!) yang kini sedang menanti giliran untuk kerja-kerja update server dan design...

dan banyak lagi...insyaa'Allah mari bersama LOONAQ.MY portal rangkaian usahawan muzik marhaein ke dunia global...
Friday, 2 November 2012
Geran Pembikinan MTV & Promosi Luar Negara
Penggiat industri muzik sudah tentu lega dengan pakej pemberian geran untuk pembikinan video muzik kepada label/artis Msia. Terima kasih diucapkan dan harapnya perlaksanaan atau pemberian ini turut dirasai oleh label-label kecil dan dianggap 'marhaein' oleh segelintir penggiat yang bernaung di bawah label-label antarabangsa dan gergasi-gergasi tempatan.
Walaupun mereka (label antarabangsa dan gergasi tempatan) sebenarnya turut terkesan apabila sistem pemasaran muzik secara fizikal terjejas teruk dengan pembangunan teknologi ICT dan multimedia, tapi mereka masih mampu senyum kerana mempunyai berpuluh-puluh ribu katalog yang kini masih lagi diminati malah lagu-lagu mereka masih diputarkan secara 'produktif' di radio dan TV mainstream.
Secara tidak langsung musibah keruntuhan aspek pemasaran fizikal ini (rangkaian kedai-kedai muzik dan berkaitan) sebenarnya merupakan hikmah kepada mereka dengan dapat mengurangkan kos operasi dan pengurusan, antara yang popular ialah dengan memberhentikan pekerja, penggabungan, tetapi sebenarnya hasil daripada kutipan royalti MACP dan PPM juga semakin meningkat. Ini tidak termasuk jualan hasil dari ringtones dari penyedia telekomunikasi tempatan!
Sudah jelas sebab dan musabab perjuangan label-label antarabangsa dan gergasi label tempatan tidak sama dengan perjuangan dan 'rengekan-rengekan' atau sungutan pemain-pemain kecil seperti label kecil dan artis indie, jadi haraplah kementerian yang dipertanggungjawabkan ini dapat melihat skop dan pandangan pemberian geran-geran ini dari semua sudut, selain dari memastikan aspek komersil turut dipenuhi.
Diharapkan juga selepas kaedah pemberian geran ini dimulakan, kerajaan dapat memulakan geran-geran promosi radio, TV dan media internet sosial yang sememangnya lebih amat diperlukan dibanding dengan geran pembikinan MTV ini, terutamanya oleh label-label sederhana dan kecil seperti yang disebutkan di atas. Soal mempopularkan inilah yang menjadi subjek terpenting kepada pembangunan industri media kreatif berhubung muzik kerana banyak produk atau artis-artis baru mahupun yang veteran yang membuat 'comeback' hilang tanpa suara dan rupa dalam landskap industri akibat gagalnya mereka 'mempopularkan' diri mereka sejajar dengan tuntutan media-media 'mainstream' yang dimiliki oleh konglemerat atau korporat yang hanya ingin menumpang populariti seseorang artis yang telah sedia ada popular atau mempunyai peminat yang ramai.
Namun geran promosi ke luar negara adalah amat dialu-alukan dan dinantikan. Atas nama promosi, memang inilah yang diharapkan tetapi sudah tentu tidak ramai artis-artis yang di bawah label kecil atau artis-artis indie yang mampu mengeluarkan kos sendiri terlebih dahulu sebelum dapat di 'reimburse' kan oleh kementerian seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat pemberian geran ini. Hakikatnya kos untuk melaksanakan promosi dalam negara pun masih ramai yang tidak mampu, inikan pula mahu mempromosi di luar negara!
Apapun saya melihat langkah-langkah awal seperti geran ini (bukannya pinjaman seperti yang dilaksanakan dahulu iaitu Dana Industri Kreatif yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional) adalah titik mula yang 'exciting' dalam industri muzik yang telah dilupakan oleh pihak kerajaan yang menumpukan seluruh jiwa raga mereka dalam filem dan animasi....
Ayoh kawan-kawan, mari sertai http://loonaq.my sebagai Portal Muzik Online & Digital Distribution anda...
Subscribe to:
Posts (Atom)